Kelas Asas Microsoft Office Word & Excel sesi 1
25 September 2023 | Aktiviti TerkiniPada 24 September 2023, Kelas Asas Microsoft Office Word dan Excel telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Word dan Excel serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Word dan Excel serta membuat latihan manaip surat rasmi dan jadual kira-kira dengan memasukkan formula asas.
Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 3 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai dan Klik Dengan Bijak (KDB) dengan topik penyebaran maklumat palsu.. Kelas tamat pada sekitar pukul 12.00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai 11 orang peserta dari ahli PERKIM cawangan Belawai, Tanjung Manis.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: